Tuesday, 31 July 2012

Zaman

Zaman yang saya ingin ialah pada zaman dinosaur kerana saya ingin tahu bagaimana dinosaur hidup, makan dan ingin tahu dinosaur sebesar apa dan tingginya berapa meter.Saya ingin sekali mahu lihat dan tahu bagaimana dinosaur pupus kerana itu adalah soalan yang sehingga sekarang tiada orang yang menahuinya.

Monday, 30 July 2012

Aktiviti Sukan yang saya minati

Aktiviti sukan yang saya minati ialah bermain badminton kerana ia memerlukan aksi-aksi yang hebat. Selalunya pada hari sabtu saya akan bermain badminton bersama adik lelaki saya . Bila bermain badminton bersama adik lelaki saya,saya selalu menang .Apabila bermain badminton kita haruslah mempunyai aksi-aksi yang hebat dan fokus pada kelemahan pemain yang menentang kita barulah kita akan menjuarai permainan itu . Sekarang  , saya tidak bermain badminton lagi kerana peperiksaan saya semakin hampir .saya berasa sedih kerana saya tidak dapat bermain badminton lagi seperti dahulu . Tetapi saya masih gembira walaupun tiada masa untuk bermain badminton dan cuma belajar untuk peperiksaan yang semakin hampir tidak lama lagi tetapi adik saya yang kesayangan itu selalu membuat saya ceria. Itulah sukan yang saya amat minati sehingga sekarang .