Wednesday, 12 September 2012

Saya Bijak Mengurus Masa

Masa bagi saya ialah seperti emas kerana saya tidak boleh membeli masa. Saya membuat jadual masa untuk mengisi masa dengan baik . Mengurus masa itu penting dalam kehidupan kerana kita sudah membuang masa dengan tidur, makan, belajar dan lain-lain.Bagi saya untuk mengurus masa dengan baik ialah membuat jadual masa dan saya juga memberitahu bahawa kawan-kawan saya untuk membuat jadual masa jika mahu mengurus masa dengan baik.Sikap yang saya paling tidak suka ialah membuat sesuatu pada saat-saat terakhir . Kawan-kawan saya juga memberitahu saya bahawa saya bijak mengurus masa .

Monday, 6 August 2012

Sajak Bulan



Sedingin  ais

Antara yang terkecil

Lembut bak Sutera

Jiwa salji akan cair pada cuaca panas

Indahnya keajaiban

Tuesday, 31 July 2012

Zaman

Zaman yang saya ingin ialah pada zaman dinosaur kerana saya ingin tahu bagaimana dinosaur hidup, makan dan ingin tahu dinosaur sebesar apa dan tingginya berapa meter.Saya ingin sekali mahu lihat dan tahu bagaimana dinosaur pupus kerana itu adalah soalan yang sehingga sekarang tiada orang yang menahuinya.

Monday, 30 July 2012

Aktiviti Sukan yang saya minati

Aktiviti sukan yang saya minati ialah bermain badminton kerana ia memerlukan aksi-aksi yang hebat. Selalunya pada hari sabtu saya akan bermain badminton bersama adik lelaki saya . Bila bermain badminton bersama adik lelaki saya,saya selalu menang .Apabila bermain badminton kita haruslah mempunyai aksi-aksi yang hebat dan fokus pada kelemahan pemain yang menentang kita barulah kita akan menjuarai permainan itu . Sekarang  , saya tidak bermain badminton lagi kerana peperiksaan saya semakin hampir .saya berasa sedih kerana saya tidak dapat bermain badminton lagi seperti dahulu . Tetapi saya masih gembira walaupun tiada masa untuk bermain badminton dan cuma belajar untuk peperiksaan yang semakin hampir tidak lama lagi tetapi adik saya yang kesayangan itu selalu membuat saya ceria. Itulah sukan yang saya amat minati sehingga sekarang .

Sunday, 20 May 2012

Aktiviti -aktiviti semaa cuti sekolah

Semasa cuti sekolah yang akan datang ,saya akan pergi ke Jakarta dengan keluarga saya .Disana saya akan melihat   keadaan  orang di sana . Berita yang amat meenggebirakan ialah saya akan meginap  di dalam Villa keluarga saya .Saya tidak sabar untuk menjejakkan kaki saya ke sana .


Saya akan menyambut hari lahir saya disana.Tidak  sabar untuk menaikki kapal terbang.

Sunday, 8 April 2012

Erti Persahabatan

Kawan baik saya ialah Syara. Dia sangat istimewa kerana dia peramah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Persahabatan itu penting dalam hidup saya kerana  tanpa kawan saya , saya mungkin menjadi orang yang pendiam.